MOTIVASI UNTUK DIRI

Kepada Jun Yi :
   Selamat sejahtera saya ucapkan. Adakah kamu dan keluarga tetap sihat?
   Tujuan saya untuk menulis surat ini ialah untuk memberi motivasi kepada diri sendiri. Saya berharap Jun Yi yang berada di masa hadapan akan membaca surat ini pada masa sedih atau kecewa dapat menguatkan semangat dan menjadi lebih tabah.
    Kamu seorang yang ceria, maka kekalkan senyuman kamu dan sebarkan kepada orang di sekelilingmu.
   Kamu seorang yang tabah, maka menangislah sepuas-puas hati semasa kamu terjatuh, tetapi bangkitlah dengan berani selepas kamu menangis.
   Kamu seorang yang pandai, walaupun kamu tidak secerdik orang lain, tetapi kamu mampu membuat keputusan untuk kebaikan diri dan orang di sekeliling kamu.
   Kamu seorang yang penyayang, maka janganlah kamu berasa malu untuk mencurahkan kasih sayang kepada orang yang tersayang
   Kamu seorang yang bertanggungjawab, maka sila memikul tanggungjawab yang diberi dan menyelesaikan tugas dan kewajipan kamu dengan penuh amanah.
   Kamu seorang yang jujur, maka janganlah kamu mempunyai fikiran atau perbuatan yang tidak baik.
  
 Sekian.