PERJALANAN HIDUP SAYA


     Pada tahun 1994, saya telah dilahirkan oleh ibu yang tersayang. Kelahiran seseorang anak ialah sesuatu yang begitu menggembirakan. Namun begitu, saya telah dilahirkan dengan bahagian punggung dulu akibat posisi bayi dalam rahim yang tidak betul. Ibu yang tersayang tabah orangnya. Ibu teah menaggung kesakitan yang amat semasa melahirkan saya.
   Sebagai seorang bayi, saya tidak dapat memutarkan kepala saya akibat posisi saya yang salah dalam rahim ibu. Ibu bapa telah banyak kali membawa saya ke klinik agar doktor boleh mengubati leher saya dengan mengurutnya.  Atas kegigihan Ibu dan bapa saya yang mengurut leher saya  pada setiap malam, saya mampu mengerakkan kepala saya seperti kanak-kanak yang lain.
    Saya merupakan seorang budak yang nakal dan banyak bercakap semasa saya seorang murid tadika. Murid yang banyak bercakap sampai menganggu guru semasa guru mengajar akan didenda duduk di atas kerusi yang berwarna merah di belakang kelas. Maka, sayalah murid yang selalu menjadi 'pelanggan' kerusi merah itu. Matapelajaran matematik merupakan matapelajaran yang saya kurang mahir. Oleh itu, matematik ialah subjek yang saya kurang suka. Saya tidak mampu menyiapkan sebarang kerja rumah matematik.
   Saya telah belajar di SJK (c) Lick Hung. Saya sukar untuk menumpukan perhatian di dalam kelas dan selalu bermain dengan rakan-rakan sekelas.  Akibatnya, saya tidak dapat mencapai  keputusan peperiksaan yang saya idamkan. Segalanya telah berubah semasa saya berada di Tahun 4. Saya dimarahi dan dinasihatkan supaya belajar bersungguh-sungguh untuk UPSR yang akan datang. Saya telah berubah selepas hari itu: kerja-kerja rumah yang selalu saya menangguh telah disiapkan dan saya berusaha keras agar menumpuhkan perhatian dalam kelas disamping membuat ulang kaji tanpa bergantung kepada ibu, bapa atau kakak-kakak. Usaha saya telah membuahkan hasil :)
   Selepas tamat pengajian, saya melanjutkan pelajaran di SMK USJ8. Dalam 5 tahun belajar di U8, saya telah mendapat banyak kawan yang ikhlas yang selalu sedia membantu. Pendapatan saya bukan sekadar ilmu pengetahun  yang terdapat di dalam buku-buku teks, malah saya mempelajari niai-niai murni, sifat-sifat seorang pemimpin dan pebagai kemahiran lagi.
    Selepas itu, saya mengikuti Tingkatan 6 di SMK Seafield selepas permohonan saya ke IPG telah gagal. Dalam tempoh itu, STPM telah melatih saya agar menjadi lebih cekal, gigih dan tabah. Saya diajar agar bersyukur dan menghargai segalanya yang saya memiliki pada hari ini. Rakan-rakan Tingkatan 6 amat saya hargai dan sayangi sehingga saya berasa berat hati dan menangis selama 3 hari berturut-turut apabila mendapat surat tawaran ke IPG.
   Saya sedang merealisasikan impian saya untuk menjadi seorang guru di IPG Kampus Ipoh.  Saya ialah siapa saya pada hari ini atas keputusan yang saya buat kelmarin.XD